assalamualaikum. ini entri yang dah lama jadi pekasam. aku pun dah sihat sepenuhnya. 12 julai 2022 yang lepas, aku disahkan demam. yang mengesahkan aku demam tu aku sendiri la. hahahha. masa ni tak silap raya haji. aku dan suami memang duduk rumah jelah tak kemana - mana. selepas raya rumah mak, aku dan suami bersiar - siar ke ikea.
jadi aku jemput lah keluarga aku beraya dirumah (walaupun tak ada biskut raya, huhu).
Mak dan Ayah Demam
raya haji ni semua keluarga belah mak aku berkumpul dirumah makteh di meru. aku tak ikut. saja mengasingkan diri. malam tu keluarga aku sampai dirumah. aku hidang mak dengan tomyam putih guna perencah. mak kata tak sedap. hahahha. aku pun rasa tak sdap. pelik jelah guna perencah. aku ingatkan sedap sebab ada perkataan thailand kan.
mak pun macam dah tak ada selera nak makan. ayah pun dah lentok kepala dekat sofa. mak kata dia dah makan panadol dekat rumah maklong. aku pun macam okay jela. aku tak de laga pipi dengan mak dan ayah. aku cuma salam cium tangan je.
esok nya mak whatsapp "aja, mak dengan ayah positif". sudah. HAHHAH. stress kejap. sebab lepas mak balik, aku ada rasa sakit tekak dengan pening sikit - sikit. aku kerja je lah macam biasa. mak whatsapp tu masa aku nak pergi kerja.
aku bagitahu kak syue. kak syue kata, pergi balik dan check status covid. selamat aku negatif. tapi aku dilanda demam. batuk berkahak. nasib baik berkahak. kalau batuk kering, sakit woo. cuma aku tak faham kenapa aku negatif tapi aku pening dan muntah - muntah.
Muntah Tak Berhenti
hari isnin okay lagi. sampai hari selasa dan seterusnya. aku K.O gile. pening dan muntah - muntah. tak lalu nak makan apa. memang tak lapar langsung, tak makan semua benda. kesian suami. dia masakkan bubur. siap pakej suap sekali. tapi aku tak mampu nak telan. sebab dia suap aku dalam keadaan aku duduk. aku memang tak boleh nak duduk, aku pening.
dah aku nak hangin dengan suami. kesiannya dia. aku kalau demam, memang tak boleh nak senyum - senyum. aku kerja nangis jelah. hahahha. lepastu nak marah orang kalau orang suruh aku makan la apa lah.
hari ke empat macam tu, suami kata jom pergi klinik. aku takmau, sebab aku pening. nanti dalam kereta aku kerja mengeluh jelah sebab kepala pusing kan. dah sampai klinik semua suami aku uruskan. masa tengah beratur tu aku duduk jelah lantai, sebab tak nak berdiri. kerusi pun tak ada.
lepastu entah macammana, suami kata dah jom balik. aku macam termanggu - manggu juga. sebab tadi kata suruh pergi klinik kan? rupanya dia whatsapp mak. mak suruh balik. kalau sakit makan ubat je. lagipun demam je kan. sebab dekat klinik / hospital tu lagi banyak penyakit. elok - elok sihat karang terus sakit berjangkit dengan orang lain. hahhaha. k dah balik.
Muntah Dalam Lif
sepanjang dari klinik nak pergi ke rumah tu kan, memang meratib nak muntah je weyh. sebab aku memang rasa nak muntah. dok werk werk, tapi sekadar werk jelah. sampai dekat lif terus terkeluar semua. nasib baik aku tak makan apa. jadi muntah air je. ada orang pun dah tak peduli. lantak dia. hahhaa.
aku muntah dalam plastik ketika dalam lif. nasib baik dah standby awal. sebab tahu, aku akan muntah. kepala pening ni akan jadi punca semua benda. hahahha. tak selesa, nak muntah, nak baring sepanjang masa.
hari terakhir aku demam teruk, aku tak boleh nak pejam mata. aku jadi tertakut yakmat. nak baring tak selesa. sebab terfikir mati. suami aku tanya, apa masalah aku. aku cakap lah , aku tak tahu. jantung aku berdebar. aku tak selesa nak baring. aku takut. dia tanya lah takutkan apa. aku cakap tak tahu. aku takut bila pejam mata, aku tak bangun esok. aku takut aku dah dialam lain. hmm.
yang ini aku akan sambung next entri okay. setakat ini dulu cerita aku.
0 Komentar